Panas!! Tun M taknak masuk PN kerana 6 penjenayah

Panas!! Tun M taknak masuk PN kerana 6 penjenayah

Jika kena ‘caranya’, tidak mustahil akan berbaik-baik semula dengan Perdana Menteri, akui Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai hubungannya dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Dalam program khas Eksklusif Bersama Tun Dr Mahathir Mohamad yang bersiaran di Astro AWANI pada Rabu malam, bekas Perdana Menteri itu berkata, bagaimanapun beliau setuju untuk bekerjasama semula seandainya syarat-syarat tertentu boleh dipenuhi.

Katanya lagi, sudah ada cubaan pihak-pihak tertentu untuk berjumpa dan berunding dengan beliau, tetapi Dr Mahathir masih enggan berbuat demikian kerana ada beberapa perkara yang pada hematnya tidak kena, termasuk bekerjasama dengan pemimpin UMNO yang sudah didapati bersalah.

“(Cubaan untuk memujuk) Dah dibuat dah, tetapi saya kata biar kena syaratlah. Saya masuk saja tak jadi apa. Mereka nak tonjolkan saya sebagai menyertai mereka, itu bukan caranya. Saya dapati banyak yang tak kena.

“Saya dapati gabungan itu terdapat UMNO, dengan semua enam orang penjenayah semua tu. Jadi saya tak mahulah dapat sokongan daripada enam orang ini kita harus ingat kalau menang pun, enam orang ni, kalau dia pergi ke tempat lain jatuh juga kerajaan,” katanya lagi.

 

Pada 29 Julai lepas, Mahkamah Tinggi mensabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai bersalah terhadap kesemua tujuh pertuduhan melibatkan RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd, dan dikenakan hukuman penjara selama 12 tahun serta denda RM210 juta.

Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Nazlan Mohd Ghazali membuat keputusan itu setelah mendapati pendakwaan berjaya membuktikan kes terhadap kesemua pertuduhan terhadap Najib.

Bagaimanapun, Mohd Nazlan bersetuju hukuman itu ditangguhkan sehingga selesai proses rayuan di peringkat seterusnya.

Dalam pada itu, Dr Mahathir berpendapat, kerajaan Perikatan Nasional terlalu lemah, dan tidak boleh menjalankan tugas dengan berkesan kerana sokongan Ahli Dewan Rakyat yang sangat tipis.

“Kerajaan ini terlalu lemah. Ia mempunyai kelebihan cuma satu orang, dua orang sahaja . Jadi apabila kita lemah, kita tak boleh nak jalankan tugas dengan sempurna dengan jaya.

“Dulu masa saya jadi Perdana Menteri dulu saya punyai dua pertiga di belakang saya. Ini cuma dua orang saja. Satu orang senak perut, jatuh. Dua orang sakit perut, habis,” katanya lagi.

Sumber: Astro Awani