Azalina dedah keputusan sebulat suara MKT tarik balik sokongan dibuat demi kebajikan rakyat

Azalina dedah keputusan sebulat suara MKT tarik balik sokongan dibuat demi kebajikan rakyat

Tindakan UMNO menarik balik sokongan terhadap terhadap perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah bagi memberi fokus kepada kebajikan rakyat dan proses vaksinasi COVID-19.

Perkara itu dinyatakan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Seri Azalina Othman dalam muat naik di akaun Facebook miliknya, pada Khamis.

“Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO telah sebulat suara bersetuju menarik balik sokongan terhadap YAB Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Jelas, tindakan UMNO adalah memberikan fokus kepada kebajikan rakyat dan proses vaksinasi disegerakan. UMNO bersama rakyat,” katanya.

Terdahulu, Mesyuarat MKT UMNO malam tadi memutuskan parti itu menarik balik sokongan kepada kepemimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yasin berkuat kuasa serta merta.

Selaras keputusan itu, UMNO menuntut supaya Muhyiddin meletak jawatan untuk memberi laluan kepada seorang perdana menteri baharu dilantik untuk suatu tempoh yang terhad bagi menguruskan hal pandemik COVID-19 dan bantuan kepada rakyat.

MKT UMNO turut menegaskan sebarang usaha untuk mencalonkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri akan ditolak sepenuhnya oleh parti itu.

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamid, berkata penolakan itu termasuklah kerjasama parti itu dengan DAP.

Sumber – AstroAwani