Gempar!!! Artis cantik jelita, Elizabeth Tan pulak bikin panas
Ketika rakyat menyuarakan perasaan tidak puas hati melalui media sosial berikutan cara kerajaan mengendalikan pandemik Covid-19 di negara ini, penyanyi Elizabeth Tan hari ini mempersoalkan sama ada Malaysia masih mengamalkan sistem demokrasi atau tidak.
Melalui Insta story, selebriti yang juga dikenali sebagai Lizzie itu turut menyertakan undian sama ada bersetuju atau tidak dengan pandangannya.
“Tak tahulah Lizzie boleh cakap benda ni ke tak… Tapi nak cakap jugak. Negara ni masih negara demokrasi ke?
“Macam tak je? Korang rasa?” soalnya melalui Insta story.
Selepas lapan jam, undian itu menunjukkan 59 peratus bersetuju dengan pendapatnya, sementara selebihnya tidak bersetuju.
Perkembangan ini hadir ketika kemarahan dan kebimbangan orang ramai kian memuncak akhir-akhir ini berhubung kes harian Covid-19 yang kekal tinggi meski pelaksanaan darurat sejak 11 Jan lalu.
Ia mendorong penggunaan tanda pagar #kerajaangagal dalam kalangan pengguna media sosial.
Bagaimanapun, darurat dijangka berakhir Ogos ini, sementara parlimen bakal bersidang pada September.
Sumber – Malaysiakini