Gempar!! Calon MB Perak yang baharu dari Bersatu, bukan Umno

Gempar!! Calon MB Perak yang baharu dari Bersatu, bukan Umno

Kepimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) hari ini mendedahkan UMNO tidak mempunyai keberanian untuk menjalinkan kerjasama politik dengan Pakatan Harapan (PH) bagi membentuk kerajaan Negeri Perak.

Menurut sumber, parti Melayu itu tidak berani mengambil risiko menerima sokongan PH, lebih-lebih lagi daripada seteru politiknya, DAP bagi membentuk kerajaan campuran bersama pembangkang.

“UMNO tak berani ambil sokongan PH dan Perikatan Nasional (PN) masih belum setuju untuk sokong UMNO. PN dan UMNO cukup kerusi untuk kekalkan jawatan Menteri Besar (MB). Cuma calon Menteri Besar sahaja yang kita perlukan.

“UMNO kata tukar MB sahaja tapi masih mahu bersama PN,” kata sumber kepada MalaysiaGazette hari ini.

Beliau mengulas laporan Harian Metro hari ini kononnya sejumlah 26 ADUN Perak didakwa menandatangani akuan bersumpah (SD) menyokong Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak, Datuk Saarani Mohamad sebagai calon MB.

Daripada 59 kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Perak, UMNO memiliki 25 kerusi diikuti DAP (16), Bersatu (5), Amanah (5), PKR (3), Pas (3), Gerakan (1) dan seorang ADUN Bebas.

Difahamkan UMNO Perak berjaya meyakinkan ADUN Bersatu untuk menandatangani SD itu.

Sabtu lalu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu yang juga Timbalan Presiden Bersatu mengumumkan meletak jawatan sebagai MB Perak.

Ia susulan kegagalan beliau memperoleh sokongan majoriti dalam usul undi percaya yang dibawa ADUN Pengkalan Baru, Datuk Abd Manap Hashim ketika persidangan DUN Perak.

Sumber juga tidak menolak kemungkinan PN akan meletakkan calon daripada PN sama ada Bersatu atau pun Pas.

“Mungkin akan ada calon kompromi daripada PN. Tapi besar kemungkinan Bersatu,” katanya lagi.

Sumber: https://malaysiagazette.com/2020/12/07/mungkin-ada-calon-mb-kompromi-dari-pn-tapi-bukan-umno/