Hadi menghadap Sultan Perak lobi jawatan Exco untuk menantu?
Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang difahamkan bakal menghadap Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.
Menerusi surat yang kini tular di media sosial, Abdul Hadi dilapor memohon untuk menyembah maklum kedudukan Pas berkait krisis politik yang melanda negeri ini.
“Sehubungan itu, antara tujuan saya memohon menghadap Kebawah Duli Tuanku adalah bagi menyembah maklum tentang suasana politik yang melibatkan Parti Islam Se-Malaysia (Pas).
“Saya bersedia menghadap pada tarikh, masa dan tempat yang diperkenankan oleh Kebawah Duli Tuanku,” memetik surat bertarikh 10 Disember (semalam) yang ditandatangani Abdul Hadi.
Untuk rekod, menantu Hadi, Mohd Akmal Kamaruddin dilantik menjadi Exco Kerajaan Negeri Perak.
Beliau adalah merupakan Adun Selama.
Sumber: Astro Awani