Cadang wujudkan PPV khusus, warganet berang kerajaan utamakan vaksinasi warga asing

Cadang wujudkan PPV khusus, warganet berang kerajaan utamakan vaksinasi warga asing

Badan Petugas Khas Imunisasi Covid-19 (CITF) mempertimbang untuk mengkhususkan beberapa Pusat Pemberian Vaksin (PPV) bagi warga asing di Lembah Klang sekali gus mengelak isu kesesakan seperti dilaporkan sebelum ini.

CITF menerusi kenyataan akhbar hari ini berkata, pertimbangan itu akan turut mengambil kira jenis bahasa digunakan warga asing supaya penterjemah dan sukarelawan dapat disediakan bagi melancarkan proses vaksinasi.

Menurutnya, CITF turut bekerjasama dengan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menyekat perjalanan sebarang kenderaan seperti bas dari luar Lembah Klang yang membawa sama ada pekerja asing atau rakyat Malaysia secara beramai-ramai untuk mendapatkan suntikan vaksin di Lembah Klang.

“Pada masa sama, CITF juga telah meminda tarikh janji temu bagi sesetengah penerima vaksin untuk mengurangkan jumlah kehadiran agar kesesakan daripada masalah komunikasi dapat dielakkan.

“Hasil daripada tindakan CITF ini, kesesakan di PPV yang terlibat terutamanya di waktu petang, telah dapat dikurangkan hari ini,” katanya.

Katanya, CITF akan terus memantau perkara ini dan mengambil tindakan bersesuaian dari semasa ke semasa.

Sumber-K! ONLINE