Terkini!!! PMO sahkan pelantikan Peja sebagai penasihat Muhyiddin bertaraf menteri
Timbalan Presiden Bersatu Ahmad Faizal Azumu dilantik sebagai penasihat khas perdana menteri bertaraf menteri.
Menurut Pejabat Perdana Menteri, Faizal akan bertanggungjawab menasihati Muhyiddin Yassin dalam hal ehwal jalinan komuniti, komunikasi masyarakat dan pembangunan sosioekonomi.
“Pejabat ini mengucapkan tahniah kepada YB Datuk Seri Ahmad Faizal bin Azumu di atas pelantikan ini,” kata Pejabat Perdana Menteri (PMO) dalam kenyataan hari ini.
Malaysiakini sedang cuba mendapatkan reaksi Faizal atas lantikan itu.
Sumber – Malaysiakini