Panas!!! Cuba campuri urusan Umno, Tok Uban bidas Ketua Pengarah ROS
Sabtu petang semalam mesyuarat Jawatankuasa bahagian Johor Bahru yang diadakan secara hybrid, iaitu bersemuka dan atas talian, telah membincangkan arahan Ibu Pejabat kepada Setiausaha UMNO Bahagian-Bahagian.
Surat yang ditandatangani oleh Setiausaha Agung UMNO Malaysia bertarikh 14 Julai 2021.
Oleh kerana pada Jumaat telahpun heboh dengan pandangan Pendaftar Pertubuhan (RoS) bahawa MT UMNO telah melampaui 30 Jun 2021 dalam membuat keputusan penangguhan pemilhan, maka kononnya MT tidak ada kuasa untuk membuat keputusan itu.
Dakwaan Pendaftar, keputusan MT ialah pada 7 Julai dan bukan sebelum 30 Jun.
Dalam mesyuarat JK bahagian, kami pun meniliti surat Setiausaha Agung itu.
Bunyinya begini:
“Adalah dimaklumkan bahawa Majlis Kerja Tertinggi UMNO yang bersidang secara maya pada 7 Julai 2021 telah mengesahkan untuk menangguhkan Pemilihan..”
Perkataan yang dipakai ialah ‘MENGESAHKAN’.
Bukan ‘MEMUTUSKAN’.
Jadi betullah pendirian Ibu Pejabat bahawa mesyuarat pada 7 Julai ialah untuk ‘mengesahkan’.
Yang RoS hendak buat hal ni, pasal apa?
Sebagai seorang pegawai kerajaan berpangkat tinggi dan bergaji besar, Pendaftar Pertubuhan kenalah beramanah melaksanakan tanggungjawabnya.
Kalau ainaya pihak yang tidak bersalah, namanya zalim!
#JBtetapJB
#UMNOsebuahPerjuangan