Panas!!! [VIDEO] Jawapan bodoh timbalan menteri kesihatan undang marah warganet

Panas!!! [VIDEO] Jawapan bodoh timbalan menteri kesihatan undang marah warganet

Soalan dari wartawan simple sahaja.

“Kalau pelanggan wajib dua dos untuk ‘dine-in’, macamna kita nak pastikan pelayan/operator tu juga lengkap dua dos?”

Menteri punya jawapan suruh kita pulak tanya pelayan atau pekedai samada mereka lengkap dua dos. Mintak tunjuk Mysejahtera mereka.

Apa punya jawapan lah..sampai wartawan direct sebut ‘seriuslah datuk’.

Dia boleh jawab ‘Ya Betul’ penuh confident.

Haha.

Jadi persoalan baru..

Adakah lepasni kalau ada customer nak masuk kedai nak kepastian dua dos vaksin, apa staff kedai kena pakat beratur tunjuk Mysejahtera pulak ke?

Awak tu kerajaan..bukan AJK keceriaan kelas, maka bagilah jawapan yang menyakinkan, comforting sikit.

Tak mintak banyak pun..

Setakat jawab, “Kami akan buat pemantauan”, “Kedai yang nak buka dine-in wajib semua staff lengkap vaksin atau dikompaun” pun dah ok sebenarnya.

Takkanlah benda simple macmni level gaji RM50k tak boleh fikir?

Lekehlah kalau ini saja standardnya.