Terkini!!! [VIDEO] Peja buktikan kenapa dia layak menjadi penasihat PM
Dunia politik tanahair digemparkan dengan berita pelantikan Peja, mantan MB Perak sebagai penasihat Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin baru-baru ini.
Apa yang menjadi pertikaian, lantikan tersebut berstatus menteri penuh. Tatkala rakyat sedang berdepan dengan bencana ekonomi, lantikan itu dipertikaikan kerana ianya akan memberi impak kewangan yang makin besar, sementelah saiz kabinet sedia ada juga bersaiz mega.
Malah ada yang lebih nakal menganggap Peja yang tidak habis belajar ini sekadar dilantik bagi menguatkan kedudukan Muhyiddin yang sedang berada diambang kejatuhan apabila majoeiti ahli parlimen yang menyokongnya semakin berkurangan.
Namun kesemua tohmahan warganet itu telah ditepis Peja dengan kemunculan satu video terbarunya usai menjawat jawatan baru tersebut. Rata-ratanya bersetuju kenuculan video itu sebagai bukti bahawa Peja sememangnya teramat layak menjadi penasihat pm.