Mat Maslan sahkan draf MoU Ismail disiapkan tanpa restu MKT UMNO
Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan tidak berpuas hati akta dana politik tidak terkandung dalam Memorandum Persefahaman (MoU) kerajaan dengan pembangkang yang ditandatangani pada Isnin di Parlimen.
Setiausaha Agung UMNO itu yang sedang berdepan kes mahkamah berkata menjadi mangsa sehingga diheret ke muka pengadilan dan mendakwa dirinya tidak tersenarai dalam Kabinet Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kerana dituduh oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menerima sejumlah wang dana politik dan tidak membayar cukai.
“Ada perkara yang tidak disebut dalam MoU antara kerajaan dan pembangkang iaitu akta dana politik.
“Pada 2016, sudah ada draf Political Donation and Expenditure Act (PDEA), kenapa tidak dilaksanakan perkara ini?” katanya di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau kemudiaan mengungkit sepatutnya pemberi dan penerima dana politik tidak sepatutnya dizalimi, ia secara tidak langsung merujuk kepada dirinya yang sedang berdepan pertuduhan di mahkamah ketika ini.
“Maka perlu diadakan kerana pemberi dan penerima tidak patut dizalimi.
“Saya tidak mahu bercerita panjang dalam dewan ini tapi saya seorang mangsa kezaliman dana politik yang tidak diaktakan, kalau nak cerita panjang ceritanya, tapi itulah menyebabkan saya jadi kluster mahkamah,” tambahnya lagi.
Ahmad berdepan dua tuduhan pengubahan wang haram kerana gagal mengisytiharkan RM2 juta yang diterima daripada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan tuduhan memberikan kenyataan palsu kepada SPRM.
Sumber – Agenda Daily