[VIDEO] Sering dibela jadikan agamawan berani lakukan gangguan seksual
Sangat mendukacitakan apabila terdapat sistem sokongan komprehensif bagi melindungi penjenayah seksual yang sentiasa menzahirkan watak suci lagi mulia.
Akan ada para agamawan bermain sentimen aib peribadi yang haram didedahkan kepada umum. Tiba-tiba mata dan akal menjadi rabun tidak dapat membezakan antara gangguan seksual dan kelakuan seks suka sama suka.
Selebriti dan ahli politik pula ramai yang lebih memikirkan periuk nasi dan apa kata orang ramai kalau mereka tampil kehadapan menuntuk keadilan. Pada mereka, bagus lagi bersama insan sanjungan daripada menuntut siasatan yang saksama.
Para peguam ada pula yang kononnya menjunjung tinggi undang-undang negara, berbicara tentang keperluan mendiamkan diri, jangan didesak didepan masyarakat. Cukup sekadar buat laporan polis dan duduk diam2 diam tunggu dirumah.
Apabila ada laporan, kebimbangan paling besar adalah jika ada barisan kepimpinan yang mendesak agar siasatan menyebelahi penjenayah sanjungan ramai.
Kalau agamawan berfatwa haram ketengahkan dedahkan aib, selebriti dan ahli politik berdiri teguh disamping pemangsa, polis tertekan secara halus dan kasar untuk melindungi pemangsa, peguam pula suruh mangsa dan aktivis duduk diam2 jangan bersuara…
Akhirnya keluarga dan orang terdekat juga akan risau untuk menyokong mangsa. Bukan senang nak lawan sistem sokongan yang sangat padu menyebelahi pemangsa.
Apa lagi orang awam, zaman sekarang mana ada candu yang lebih mengkhayalkan dari perwatakn mulia yang ditampilkan di media sosial.
Untuk pertimbangan agamawan , ahli politik, peguam, selebriti dll fahamilah ini:
Kalau mangsa mahu menggatal, lebih baik mereka cari orang yang bersedia melunaskan nafsu pada bila-bila masa. Tetapi hakikatnya mereka cari agamawan untuk dapatkan nasihat yang baik, bukannya untuk menerima gangguan seksual.