Umno Puchong tolak sebarang kerjasama dengan DAP

Umno Puchong tolak sebarang kerjasama dengan DAP

UMNO Bahagian Puchong mengusulkan agar parti politik terbesar tanah air itu menolak sebarang kerjasama dengan DAP serta mana-mana pihak yang bersekongkol dengan DAP pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Ketuanya, Datuk Mohamad Satim Diman berkata, UMNO tetap dengan pendirian itu seperti yang diputuskan Majlis Tertinggi UMNO berhubung kerjasama dengan parti itu menjelang PRU15.

Selain itu, beliau berkata, UMNO Bahagian Puchong juga mahu hubungan UMNO dan Pas diperkukuhkan melalui Muafakat Nasional (MN) di Selangor.

“Kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang mempunyai majoriti pengundi Melayu perlu diberi keutamaan kepada MN untuk bertanding. Dengan syarat, UMNO dan Pas tidak boleh bertembung antara satu sama lain,” katanya pada Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Puchong ke-17 di sini pada Ahad.

Sementara itu, Mohamad Satim juga menggesa agar PRU15 diadakan sebelum Ramadan tahun ini, namun bergantung kepada keadaan semasa.

Sumber: https://www.sinarharian.com.my/article/117376/BERITA/Politik/UMNO-Puchong-tolak-kerjasama-dengan-DAP