PU Syed gesa Ebit Liew tampil nafikan dakwaan terlibat melakukan aktiviti gangguan seksual

PU Syed gesa Ebit Liew tampil nafikan dakwaan terlibat melakukan aktiviti gangguan seksual

Pendedahan demi pendedahan ” yg berani” telah dibuat terhadap UEL..maka ambe minta UEL agar tampil kehadapan dgn menafikan atau menyaman mereka yg ente anggap telah memfitnah ente..walaupun kes ini masih dlm siasatan polis, namun masyarakat khasnya followers ente perlu diberi pencerahan setuntasnya..isu “panas” yg sedang terpalit ini.

Kaedah fiqh menyebut :

البينة على المدعي واليمين على من أنكر
Bukti bagi yg mendakwa dan sumpah bagi yg engkar (menafikan) dakwaan.

Namun janganlah memahami kaedah ini dgn menyatakan hanya dgn bersumpah selesai..sebab sebagai org yg beriman, jika kita lolos spt sajat ke Thailand dgn berselidung disebalik sumpah di dunia..di akhirat belum tentu kita akan semudah di dunia utk mendpatkan kabel di akhirat sana..

Ada beberapa video yg ambe dpt..dari hamba Allah namun ambe terus padamnya serta memadam no orang menyalurkan video tersebut kerana masih bersangka baik bahawa ianya adalah “penipuan”..namun bila ramai para asatizah muncul mendakwa perkara yg serupa dan disokong dgn laporan² polis yg telah dibuat oleh “mangsa”, maka sangka baik ambe semakin mengendur dan ambe berharap isu ini dapat diadili dgn sebaiknya serta..membongkar kisah sebenarnya..biarlah kita diadili di dunia, jangan nanti di akhirat kita akan merana.

Pintu dan ruang taubat masih terbuka luas buat kita semua..namun kemaksiatan dan kebiadaban perlu dibanteras agar tidak menular dlm kalangan masyarakat, apatah lagi jika muncul dari orang yg dihormati oleh masyarakat.

Setiap kebaikan pasti akan dikenang, namun janganlah menggunakan kebaikan utk menutupi kesalahan² yg dilakukan.

Taasub pengikut juga adalah satu barah, taasub kpd kebaikan suatu yg dipuji syarak tetapi jika taasub secara melulu sehingga tidak nampak langsung buruk yg sedang ditampal adalah suatu yg mendukacitakan..

PU Syed

#adeambetakut