Gempar!!! Pengarah Strategik Bersatu pertahan Guan Eng, anggap iq Ka Siong setaraf kobis
Pengerusi sebuah agensi kerajaan dibidas persatuan perkapalan susulan kenyataannya yang dianggap melampau terhadap Menteri Pengangkutan Wee Ka Siong berhubung isu kabotaj.
Kenyataan bersama dikeluarkan enam persatuan perkapalan itu, susulan Pengerusi Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) Rais Husin, menyifatkan Wee sebagai “menteri dengan IQ setaraf kobis”.
Rais yang secara terbuka mengkritik keputusan kerajaan membatalkan pengecualian kabotaj bagi kapal asing menguruskan pembaikan kabel dasar laut, juga menyifatkan Wee tidak sepatutnya bercakap mengenai perkara berkenaan.
Hari ini, Persatuan Pemilik Kapal Malaysia (MASA); Ikhtisas Kelautan Malaysia (IKMAL), Persatuan Pemilik Kapal Sarawak dan Sabah (SSSA); Persatuan Pemilik OSV Malaysia (MOSVA); Persatuan Industri Marin Malaysia (AMIM); dan Persatuan Marin Industri Sarawak (SAMIN), membidas kenyataan Rais itu kerana dianggap serangan peribadi yang tidak wajar.
“Menteri kita adalah penjaga dasar kabotaj dan sangat mengetahui objektif serta keperluan dasar itu di negara ini,” kata Pengerusi MASA Abdul Hak Md Amin.
“Malaysia antara satu daripada 100 negara di dunia yang mengamalkan dasar berkenaan dan MASA berdiri teguh di belakang menteri dalam keputusan tegasnya bagi menjamin kedaulatan termasuk mempertahankan keselamatan Malaysia,” katanya.
Dalam pada itu, Presiden MOSVA Safwan Othman, berkata komen Rais membuktikan “kejahilan terang-terangan dan sikap menghina”, sambil menegaskan isu kabotaj perlu diselesaikan secara damai.
Sementara itu, Presiden SAMIN Renco Yong, berkata mereka menyokong pendirian Wee mempertahankan dasar kabotaj demi menyokong industri marin tempatan.
“Kerajaan dan syarikat berkaitan kerajaan sepatutnya mengutamakan orang tempatan (produk dan perkhidmatan) dan menjadikan (penggunaannya) sebagai kewajipan.
“Kami yakin dengan sokongan kuat termasuk pembabitan semua pemegang taruh, kerajaan dan industri seperti industri maritim berkemampuan berkembang dan memberi manfaat kepada pertumbuhan negara keseluruhannya,” katanya.
Sumber – FMT