Kartunis kontroversi lukis wajah nabi bertemu ajal dalam kemalangan ngeri
Kartunis Sweden yang mencetuskankontroversi dan kemarahan umat Islam apabila melukis gambar Nabi Muhammad SAW, maut dalam kemalangan ngeri jalan raya.
Daily Mail melaporkan, Lars Vilks, 75, terbunuh ketika kereta polis yang dinaikinya terbalik dan terbabas ke lorong bertentangan dan bertembung dengan sebuah trak.
Kedua-dua kenderaan itu terbakar dan pemandu trak berusia 45 tahun dikejarkan ke hospital selepas mengalami cedera parah.
Dua anggota polis yang ditugaskan mengawal Vilks di dalam kereta polis itu turut terkorban, menurut laporan Expressen.
Kejadian berlaku pada pukul 3 petang semalam (waktu tempatan) di Markaryd, wilayah Kronoberg.
Vilks mencetuskan kemarahan global apabila melukis gambar Nabi Muhammad pada 2007.
Sumber – UTUSAN ONLINE