Terkini!!! Ab Rauf adakan sidang media khas isu kerajaan negeri Melaka jam 3 petang ini

Terkini!!! Ab Rauf adakan sidang media khas isu kerajaan negeri Melaka jam 3 petang ini

Kerajaan negeri dijangka mengadakan satu sidang akhbar khas bagi membuat pengumuman penting pada petang ini.

Menurut sumber, pengumuman itu dijangka diadakan di Jabatan Ketua Menteri di Seri Negeri jam 3 petang yang akan diketuai oleh Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.

Difahamkan Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd Ali Rustam sudah mengadakan perbincangan dengan beberapa pihak menerusi panggilan telefon pada malam Isnin.

Sumber itu berkata kepada media, bagaimanapun tidak dapat disahkan siapa yang akan membuat pengumuman berkenaan samada Ab Rauf, Setiausaha Kerajaan Negeri atau Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali.

“Tunggu sahaja jemputan untuk semua media nanti. Tun sudah membuat keputusan hasil perbincangan itu dan ia akan diumumkan hari ini,” katanya.

Mohd Ali ketika ini tidak dapat menerima sebarang kunjungan hormat sehingga Khamis ini kerana menjalani kuarantin kendiri selama tujuh hari bermula 30 September lalu.

Sumber – Sinar Harian