Netizen dakwa PU Syed terlalu obses dengan hidup artis

Netizen dakwa PU Syed terlalu obses dengan hidup artis

Pencetus Ummah (PU) Syed menyifatkan usahawan produk kecantikkan, Kak KM sebagai masih lagi mempunyai iman apabila berasa sentap dengan teguran yang dibuat baru-baru ini.

Menurut PU Syed, apabila Kak KM berasa sentap dengan tegurannya ia memberi terjemahan bahawa wanita itu masih mempunyai iman dalam diri.

“Berubahlah, kerana nyawa itu bukan dalam kawalan kita, sekejap sahaja Allah boleh tarik. Ramai yang jadi jutawan dengan berniaga dan membuat iklan patuh syariah, maka rezeki akan berkat.

“Tetapi, jika sebaliknya, pasti tiada keberkatan dalam rezeki mu (Kak KM), sekalipun banyak,” tulisnya dalam satu hantaran Instagram semalam.

Katanya lagi, teguran yang dibuat bukan mahu mengaibkan Kak KM sebaliknya mahu menegur usahawan itu berikutan disifatkan membuat dosa secara terbuka.

“Ambe (saya) tegur, dia kata mengaibkan, dah selama ini, mengaibkan diri sendiri dan keluarga, dia perasan atau tidak?

“Siapa yang mengaibkan siapa ini? Ambe menegur secara terbuka sebab dia buat dosa dan viralkannya secara terbuka, ambe tidak perlukan penghormatan dia,” katanya.

Sebelum ini, Kak KM meluahkan rasa berang apabila pendakwah tersebut mengaitkan sentimen agama dengan perniagaannya serta mengatakan ia dijalankan secara berdosa serta rezeki dimiliki tidak berkat.

Kak KM yang menjual produk jamu untuk menjaga kesihatan wanita juga disifatkan begitu aktif di laman sosial media selain memaparkan gaya kehidupan terbuka dan moden.

Sumber – K! ONLINE