Terkini!!! Pembatalan ordinan darurat ditangguh lagi
Dewan Rakyat hari ini menangguhkan pembentangan Fasal (3) Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan untuk mengungkaikan ordinan-ordinan darurat ke sidang Dewan Rakyat akan datang.
Perkara berkenaan dicadangkan oleh Menteri di Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Wan Junaidi Tuanku Jaafar di Dewan Rakyat sebelum Sesi Pertanyaan Menteri.
“Berkenaan usul perdana menteri mengenai pengungkaian Ordinan Darurat dan usul-usulnya di nombor 13 dalam Aturan Mesyuarat akan dibawa ke mesyuarat akan datang,” katanya di Dewan Rakyat.
Speaker Dewan Rakyat Azhar Azizan Harun bersetuju dengan cadangan berkenaan.
Hari ini adalah hari terakhir Mesyuarat Penggal Keempat Parlimen ke-14 sebelum Dewan Rakyat kembali bersidang pada 25 Okt hingga 16 Dis.
Sumber – FMT