Gempar!!! Sulaiman adakan mesyuarat Exco meskipun telah hilang majoriti
‘Mesyuarat Exco Melaka’ menjadi tanda tanya rakyat.
Beberapa laporan media dan paparan Facebook dari Bekas Ketua Menteri Melaka Sulaiman Md Ali semalam menjadi tanda tanya rakyat negeri Melaka.
Rata rata mereka menyatakan kehairanan dan persoalan tentang status kerajaan negeri Melaka yang telah dibubarkan pada 5 Okt 2021 yang lalu. Timbul persoalan apakah caretaker goverment ini perlu menjalankan tugas seperti kerajaan yang biasa atau sebaliknya.
Jika ia berfungsi seperti biasa, apakah bidang kuasa yang dimiliki oleh seorang ketua menteri dan exco caretaker goverment ini setelah hilang sokongan majoriti ahli dewan undangan negeri.
Seolah olah tiada apa yg berlaku kepada kerajaan negeri Melaka bilamana mesyuarat exco berjalan seperti biasa. Adakah semua kelulusan yang telah dibuat akan diterima pakai seperti kerajaan yg cukup majoritinya. Dan bagaimana kerajaan yang telah hilang sokongan dan kepercayaan diberi kuasa lagi untuk terus membuat keputusan keputusan besar dalam mesyuarat tertinggi dalam pentadbiran negeri Melaka ini.
Diminta pihak yang berkenaan tampil untuk menjelaskan kepada rakyat apa yg sedang berlaku. Apakah bidang kuasa yang ada dan apakah limitasi yang ada terhadap caretaker goverment ini bagi tidak menimbulkan keraguan dan keabsahan kerajaan Melaka yang ada ini.
Sumber – Melaka Kini