Zaman PN, semua dah terancam!

Zaman PN, semua dah terancam!

SEMUA DAH TERANCAM

Sekolah tangguh. Kembar manis 17 aku yg nak ambil SPM tahun ni dah syok nak masuk kelas balik. Aku pula dah syok nak tuntut balik bayaran makan dan asrama tahun lepas. Tapi itulah…!

Semua bencana ni salah kerajaan tebuk atap. Salah manusia gila jawatan. Manusia kemaruk pangkat. Kononnya dulu Melayu Islam terancam. La ni, apa macam?

Bukan setakat Melayu Islam terancam, habis semua Cina, Kristian, India, Hindu, Kadazan, Murut, Siam, kucing, anjing, ayam, itik, kerbau, lembu, angsa terancam.

Apa tidaknya, semua berhempas pulas nak makan dan nak hidup. Kalau tuan sendiri pun nak beli lauk tak lepas, macam mana kucing nak makan kepala ikan, ayam nak makan nasi tumpah?

Dulu bukan main baca ayat Quran sana-sini tentang bala. La ni, bila nak baca balik ayat tu? Oh, la ni depa baca ayat tak boleh derhaka raja pulak? Dasar pemakai jubah penjual agama.

Oh, dulu perli kami, rahmatan lil kafirin. La ni apa pula, azaban lil ajma’in? Azab untuk semua, bala untuk sekalian, susah untuk semesta alam?

Dasar penjual agama untuk isi perut.

Berita penuh: https://www.facebook.com/1284707753/posts/10218941140421222/