Gempar!!! Kerajaan diramal bertukar lagi selepas PRN Melaka

Gempar!!! Kerajaan diramal bertukar lagi selepas PRN Melaka

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) meminta UMNO mengkaji keputusannya bertanding sendirian pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka kerana tindakan itu boleh menjejaskan hubungan kedua-dua parti di peringkat ke­rajaan Pusat, lapor portal Utusan Malaysia.

Sumber dalaman Bersatu memberitahu Mingguan Malaysia, sekiranya krisis UMNO dan Bersatu di Melaka berterusan, parti itu sedia mengkaji soko­ngan terhadap kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.