Gempar!!! Tular surat SUA UMNO nafikan Sulaiman Ali calon KM sebenar UMNO

Gempar!!! Tular surat SUA UMNO nafikan Sulaiman Ali calon KM sebenar UMNO

UMNO/R/SUA/2/Jld.3/45 13 November 2021

KETUA UMNO BAHAGIAN-BAHAGIAN NEGERI MELAKA

SETIAUSAHA UMNO BAHAGIAN-BAHAGIAN NEGERI MELAKA

Yang Berhormat/Yang Berbahagia,

KEKELIRUAN ISU CALON KETUA MENTERI MELAKA

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Kami mengambil maklum tentang kegusaran UMNO di peringkat bahagian-bahagian di Melaka berhubung calon Ketua Menteri Melaka.

Adalah dimaklumkan bahawa pengumuman Datuk Seri Utama Sulaiman Bin Md Ali sebagai calon Ketua Menteri Melaka daripada Barisan Nasional bukanlah satu perkara yang muktamad, sebaliknya ia adalah satu strategi politik dalam usaha memenangi pilihan raya ini.

UMNO sentiasa mempertahankan prinsip menghormati hieraki organisasi, dalam konteks di Melaka jawatan Ketua Menteri Melaka berhak disandang oleh Dato’ Seri Ab Rauf Yusoh selaku Pengerusi Badan Perhubungan Negeri Melaka.

Justeru, diharap agar UMNO di peringkat bahagian-bahagian tidak membangkitkan lagi isu ini sebaliknya memberikan fokus kepada kempen pilihan raya.

BERSATU ~ BERSETIA ~ BERKHIDMAT

DATUK SERI HAJI AHMAD BIN MASLAN

s.k: i. Ketua UMNO Bahagian-Bahagian Negeri Melaka

Setiausaha UMNO Bahagian-Bahagian Negeri Melaka

BERSATU – BERSETIA – BERKHIDMAT