Terkini!!! SPR cabut ‘billboard’, ‘banner’ gambar Muhyiddin
Penguatkuasa SPR cabut gambar Muhyiddin Yassin.
Bila ditanya apa kesalahan gambar Muhyiddin dicabut ?
Kata Penguatkuasa, ada 2 kesalahan :
1. Gambar Presiden boleh digantung tetapi mesti bersebelahan gambar calon. Jika gambar Presiden berseorangan tidak dibenarkan.
2. Kesalahan memaku bahan kempen di pokok hakmilik Kerajaan ( Majlis ). Pokok milik hak sendiri dibolehkan.
Jika mahu letak bahan kempen di pokok hak Kerajaan ( Majlis ) dibenarkan diikat menggunakan dawai atau tali sahaja.
Lokasi : Sebelah Hospital Melaka ( DUN Pengkalan Batu )