Masalah beg pelajar berat, Radzi dibidas gagal mencari solusi
Hari ini tertarik untuk berkongsi kisah eorang guru yang juga ‘influencer’ pendidikan terkenal sosial media baru-baru ini membangkitkan masalah beg pelajar yang semakin berat kebelakangan ini.
Dikenali menggunakan nama akaun Mohd Fadli Saleh, dia menyuarakan isu tersebut dalam perkongsian di laman FBnya.
Meskipun dianggap isu basi dan telah berlarutan agak lama, namun menjadi sebenarnya ia semakin kerap menjadi buah mulut dikalangan ibu-bapa dan warga pendidik kebelakangan ini.
Memulakan hantarannya dengan menaikkan kisah di dalam satu kelas Matematik yang mengajar bab jisim, pernah ditimbang berat beg setiap pelajar murid Tahun 2. Didapati purata berat beg murid tersebut sekitar 5kg dan yang paling berat pula sekitar 8.3kg.
Katanya, sebelum ini dia juga pernah menulis isu beg berat pelajar tetapi malangnya disambut dengan pelbagai komen bernada sinis,
“Manja la generasi sekarang. Patut lembik. Kami dulu bawa beg tak ada komplen pun. Jangan manjakan sangat”, antara komen yang dihamburkan pengguna media sosial terhadap perkongsiannya.
Betulkah generasi sekarang begitu manja?, soalnya lagi. Sedangkan isu beg berat pelajar ini sebenarnya berkait rapat dengan isu kesihatan mereka.
Sebagai perbandingan, dahulu pelajar hanya diajar 7-8 subjek sahaja sedangkan sekarang subjek yang diajar telah bertambah menjadi antara 12-15 subjek.
Malah luahnya lagi, jika dahulu pelajar hanya dibekalkan dengan buku teks dan buku tulis sahaja tetapi sekarang tidak cukup dengan buku teks, ianya ditambah lagi dengan buku aktiviti (sama besar buku teks), buku tulis, buku rujukan/latihan tambahan. Hampir setiap subjek pula ada 2 jilid buku.
Jadi memukul rata membuat perbandingan zaman dahulu dan sekarang adalah sama jelas tidak rasional. Antara puncanya, subjek pendidikan sekolah kita terlalu banyak, silibus terlalu tinggi, justeru beg yang berat berat boleh membahayakan kesihatan anak-anak kita.
Sesuatu perlu dilakukan. Bukan beri alasan manja dan seumpamanya. Ia langsung tak membantu apa-apa, katanya sebagai penutup hantaran.
Cikgu Fadli sempat berkongsi koleksi tangkap layar komen ibu-bapa yang mengalami isu serupa termasuklah masalah kesihatan melibatkan mereka yang membawa beban berlebihan dengan kerap. Sehingga kini, perkongsiannya mendapat hampir 9 ribu tanda suka dan lebih seribu komen.
#MFS