Gara-gara lawatan Ismail, habis semua kereta mangsa banjir disembunyikan
Nampak gayanya episod ahli politik menyusahkan warga banjir masih tidak selesai. Isu lakonan pak menteri yang hadir ke kawasan terkesan hanya semata-mata untuk dimuat naik dalam laman sosial medianya tidak dapat disorokkan lagi.
Rata-rata mangsa banjir mulai berang dengan kelaku mereka. Malah tular video bagaimana pak menteri ini dimaki kerana menyesakkan jalan yang sedia sesak dengan berbelas anggota pengiringnya.
Terkini, melalui seorang pengguna media menggunakan nama akaun Lia Jamalee menaikkan satu hantaran berkaitan isu hangat ini.
Menurutnya, oleh kerana Ismail Sabri akan hadir menziarahi mangsa banjir di situ, kesemua kenderaan mangsa banjir yang menjadi laluan rombongan tersebut telah ditunda ke satu kawasan yang jauh dari pandangan mereka.
Triton kami dah kena tunda oleh entah siapa. Tiba – tiba hilang. Dengar cerita diorg tunda semua kereta sebab PM nak datang. Hebahan pun tiada. Entah tunda ke mana.
Update : Semua kereta ditunda ke Agora Night Market. Jadi semua pemilik kenderaan di Sri Nanding dan Taman Casa Lagenda, boleh cari kereta masing – masing di sana ya.
Rata-rata netizen menzahirkan rasa simpati terhadap nasib yang menimpa mangsa banjir ini.