YDP YADIM ditegur terbitkan kenyataan palsu di media sosial
Menegur Kesilapan Fakta oleh Ust Nasrudin Hassan At Tantawi
Dalam status baru oleh Ustaz ada menyebut Ustaz baru sahaja mendapatkan rawatan Al Fashdu. Setelah 10 minit darah dikeluarkan, Ustaz lihat berlaku pengasingan dalam bekas darah lalu Ustaz mendakwa ia pengasingan oleh darah, asid urik dan kolestrol.
Untuk makluman Ustaz, salah pemahaman begitu. Pseudoscience!
Darah, secara mata kasar, komponen darah manusia akan dapat dilihat 3 lapisan macam gambar yang Ustaz letak pada status. (rujuk gambar kedua)
Apa sebenarnya 3 lapisan tu?
1.Lapisan pertama (kelihatan jernih) adalah plasma yang majoriti kandungannya adalah air. Dalam plasma memang kandungannya adalah 92% air dan 8% sisa
2.Lapisan kedua (kelihatan agak keruh kekuningan) adalah plasma yang mengandungi campuran pelbagai komponen dalam darah seperti glukosa, asid amino, kolestrol, asid urik, protein, vitamin, antibodi, sel darah putih, lemak, garam mineral, platelet. Juga dipanggil serum
3.Lapisan ketiga (kelihatan merah pekat) adalah pack cells. Dalam lapisan ini, majoriti nya adalah sel darah merah, Hbc.
⚠️Betul ke jika berlaku pengasingan ini bermaksud asid urik dan kolestrol berjaya dikeluarkan? Yang keruh kuning tu asid urik dan kolestrol?
KURANG TEPAT! Yang keluar tu sebenarnya adalah plasma/serum yang didalamnya mengandungi segala komponen penting dalam darah termasuklah asid urik dan kolestrol. Warna plasma/serum ini memang keruh kekuningan.
⚠️Perlukah plasma/serum darah dikeluarkan untuk sihat?
Yang sebenarnya, tugas utama plasma darah adalah mengangkut sel-sel darah sekaligus menjaga keseimbangan cairan dalam tubuh.
Setiap komponen dalam plasma/serum memiliki tugas dan fungsinya masing-masing yang menyokong fungsi darah dalam tubuh.
Tidak dinafikan, ada komponen darah yang jika berlebihan akan memudaratkan badan seperti:
⛔Gula tinggi risiko diabetes
⛔Kolesterol tinggi risiko sakit jantung
⛔Asid urik tinggi risiko gout
Maka, benar nasihat perawat Ustaz yang menasihatkan agar jaga pemakanan.
Terbaik 👍!
Fakta tambahan untuk rujukan Ustaz. Kolesterol atau asid urik waima apa apa komponen dalam darah tidak boleh dilihat secara mata kasar sebegitu kerana nisbahnya sangat kecil.
Untuk makluman Ustaz, untuk mengesan tahap kolesterol dalam darah, kena gunakan alat test khas dalam diagnostic lab untuk diuji. Doktor memanggilnya sebagai lipid profile test. Lab report will show Ustaz punya cholesterol levels in [milligrams per deciliter (mg/dL)]. 🤗 Mg/dL ni hardly visible by naked eyes taw
Tahukah Ustaz(atau sesiapa yang berminat), jika Ustaz nak buat blood test(ujian darah) secara percuma sehingga boleh tahu amount asid urik dan kolesterol dalam darah. Ustaz boleh dapatkan secara percuma dengan menderma darah di Derma Darah Terengganu Kite Di Terengganu, setiap penderma darah boleh memohon untuk mendapatkan keistimewaan menjalani ujian darah secara percuma setiap kali menderma darah😁Jom derma darah
Ikhlas
-IH-