Suruhanjaya Sekuriti Malaysia sahkan tindakan Azam Baki satu kesalahan

Suruhanjaya Sekuriti Malaysia sahkan tindakan Azam Baki satu kesalahan

Pertikaian mengenai keabsahan tindakan Ketua Pengarah SPRM, Azam Baki kononnya memberi kebenaran adiknya melakukan transaksi pembelian saham menggunakan akaun Sistem Depositori Berpusat (CDS) beliau bagi pembelian sejumlah besar saham yang dikaitkan terhadapnya dijangka terus hangat diperdebatkan.

Azam Baki dalam kenyataan media bagi mempertahankan dirinya dari tuduhan tersebut hari ini berkata, tidaklah menjadi satu kesalahan bagi sesiapa yang membeli saham di pasaran terbuka menggunakan akaun individu lain.

Namun, seorang pengguna media sosial tampil membawa bukti kesalahan perlakuan Azam memberi adiknya menggunakan akaun CDS tersebut sememangnya merupakan satu kesalahan yang seperti yang dinyatakan di dalam akta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC), badan bertanggungjawab mengawal selia urusan jual beli saham di negara ini.

25. Akaun sekuriti.

Tiada seorang pun boleh berurusan dalam sekuriti yang didepositkan tanpa mempunyai akaun sekuriti terlebih dahulu.

Ejen depositori diberi kuasa yang berurus niaga dalam sekuriti yang didepositkan sebagai prinsipal hendaklah, berhubung dengan urusan tersebut, membuka dan menyenggara akaun sekuriti dengan depositori pusat.

Depositori pusat boleh menubuhkan pelbagai jenis akaun sekuriti untuk kelas orang yang berbeza.

Setiap akaun sekuriti yang dibuka dengan depositori pusat hendaklah atas nama pemilik benefisial sekuriti yang didepositkan atau atas nama penama yang diberi kuasa.

[Ins. Akta A1039:s. 13]

Orang yang membuka akaun sekuriti hendaklah membuat pengisytiharan mengikut apa-apa cara sebagaimana yang dinyatakan dalam peraturan depositori pusat bahawa dia ialah pemilik benefisial sekuriti yang didepositkan atau penama yang diberi kuasa, mengikut mana-mana yang berkenaan.

[Ins. Akta A1039:s. 13]

Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1), (2) atau (5) adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi tiga juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau kedua-duanya.

[Ins. Akta A1039:s. 13]

Orang yang membuka akaun sekuriti hendaklah membuat pengisytiharan mengikut apa-apa cara yang dinyatakan dalam peraturan depositori pusat yang menjadi pemilik benefisial sekuriti yang didepositkan atau penama yang diberi kuasa, mengikut mana-mana yang berkenaan.

[Ins. Akta A1039:s. 13]

Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1), (2) atau (5) adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi tiga juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau kedua-duanya.

[Ins. Akta A1039:s. 13]

 

Walaubagaimanapun, sehingga kini Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai perkara melibatkan Ketua Pengarah SPRM itu.