Gempar!!! Remaja hampir ‘dibunuh’ pengurusan masjid di jatuhi hukuman penjara dan denda
Selepas tular video diperlakukan kejam menjadi ‘jenazah’ oleh pengurusan masjid selepas ditangkap kerana mencuri tabung rumah ibadat itu, remajadipenjara 10 hari dan didenda RM4,000 oleh Mahkamah Majisret di sini hari ini.
Majistret Nik Mohd. Fadli Nik Azlan menjatuhkan hukuman itu terhadap Daniel Iskandar, 19, selepas tertuduh mengaku bersalah atas pertuduhan yang disabitkan ke atasnya.
Mahkamah turut memerintahkan hukuman penjara itu bermula dari tarikh tertuduh ditangkap pada 9 Januari lalu dan sekiranya tertuduh gagal membayar jumlah denda tersebut dia boleh dipenjara selama lima bulan.
Terdahulu sebelum hukuman dijatuhkan, majistret itu menegur tindakan tertuduh yang cuba mencuri tabung.
“Tahu apa salah awak? duit orang bagi (dalam tabung) untuk masyarakat dan pembangunan masjid. Awak curi letak dalam bilik jenazah pulak. Harap benda ini jadikan satu pengajaran dan kesedaran pada awak,” kata majistret itu.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa telah cuba melakukan curi tabung kepunyaan Masjid Al Islahiah dengan mengheret dan menyorokkan tabung di dalam bilik mandi jenazah.
Kesalahan itu dilakukan Masjid Al Islahiah Kilometer (km) 28 Kuang, Rawang di sini pukul 11.58 malam pada 8 Januari lalu (2022).
Berikutan itu pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan dan di baca bersama Seksyen 511 yang mana hukuman bagi seksyen itu memperuntukkan penjara maksimum 10 tahun dan boleh juga dikenakan denda.