Enggan dimalukan UMNO, Muhyiddin pilih tidak bertanding

Enggan dimalukan UMNO, Muhyiddin pilih tidak bertanding

Bekas perdana menteri Muhyiddin Yassin berkata beliau tidak akan mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Gambir pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan datang.

Menurut laporan portal MalaysiaNow, Presiden Bersatu yang juga merupakan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu berkata beliau mahu menumpukan perhatian dalam menguruskan parti di peringkat Parlimen.

“Saya mahu bagi peluang kepada tokoh di Johor dan terserah kepada merekalah siapa yang mahu diisi, kita akan putuskan nanti,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Bersatu di Kuala Lumpur.

Muhyiddin pernah memegang jawatan menteri besar Johor di mana beliau memimpin kerajaan negeri itu selama satu dekad.

Beliau juga adalah ahli Parlimen Pagoh sejak 1978.

Beliau bertanding di DUN Gambir pada PRU14 dan mengalahkan calon Barisan Nasional dan PAS.