Terkini!!! Khairy akan buat pengumuman penting petang ini
Beberapa pengumuman penting dijangka diumumkan oleh Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar petang ini, lapir akhbar Sinar Harian.
Menerusi ciapan di Twitternya, perkara itu akan diumumkan menerusi sidang akhbar jam 5 petang.
Saksikan Sidang Media YB Menteri Kesihatan @Khairykj pada jam 5.00 petang hari ini secara langsung di FB KKM. pic.twitter.com/9wmsF84Ry5
— KKMalaysia🇲🇾 (@KKMPutrajaya) February 7, 2022
“Status perkembangan terkini Omicron akan dibuat pada sidang akhbar mingguan saya petang ini,” ciapnya hari ini.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengeluarkan jemputan sidang akhbar Khairy sekitar jam 12 tengah malam tadi.
Jangkitan Covid-19 di negara ini kembali meningkat secara mendadak berikutan gelombang varian Omicron.
Terbaharu, 10,089 kes baharu dilaporkan pada Ahad menjadikan jumlah keseluruhannya, 2,914,220.
Jangkitan itu adalah yang tertinggi dalam tempoh empat bulan.