Khairuddin At-Takiri ke Doha mengadu nasib bertemu Ali Qaradaghi
Bekaa Setiausaha Majlis Syura Ulama Pas yang dipecat baru-baru ini dilaporkan telah berlepas ke Doha, Qatar bertujuan mengadakan kunjungan mahabbah bersama Setiausaha Kesatuan Ulamak Islam Antarabangsa (KUIS), Dr Ali Qaradaghi.
Perkara itu dimaklumkannya dalam satu perkongsian yang dimuat naik di dalam laman Facebook oleh Ahli Parlimen Kuala Nerus itu hari ini.
Antara kandungan perkongsian tersebut…
Pertemuan Mahabbah dengan Syeikh Dr Ali Qaradaghi, Setiausaha Kesatuan Ulamak Islam Antarabangsa (KUIS) yang diasaskan oleh Syeikh Dr Qaradawi di pejabat KUIS di Doha, Qatar hari ini membincangkan pelbagai isu semasa umat Islam dan program-program kerjasama dengan KUIS.
Selasa 15hb Februari 2022
Namun menurut pengguna media, pertemuan itu dipercayai bagi menjelaskan isu sebenar yang berlaku terhadap dirinya melibatkan pemecatan sebagai jawatankuasa Pas dan setiausaha Majlis Syura Ulama partinya baru-baru ini.
Ini merupakan isu besar kedua berlaku yang memerlukan pandangan badan Kesatuan Ulama Sedunia (KUIS) itu selepas fitnah melibatkan isu penubuhan parti Amanah sebelum ini.
Malah hubungan Abdul Hadi Awang juga dilaporkan mempunyai hubungan yang ridak begitu baik dengan Ali Qaradhagi dan Syeikh Yusuf Al Qaradhawi.