Rupanya begini cara yang betul gunakan kit ujian Covid-19
Kes harian Covid-19 yang semakin meningkat saban hari membuatkan orang ramai mengambil langkah berjaga-jaga di dalam usaha memutuskan rantaian serta melindungi diri daripada wabak tersebut
Orang ramai disaran bagi mendapatkan dos penggalak serta amalkan TRIIS iaitu Test (Uji), Report (Lapor), Isolate (Asing), dan Seek (Dapatkan) bagi mengekang penularan virus berbahaya itu.
Menerusi perkongsian thaqif_imtiazz di Twitter berkata, dia menasihati orang ramai yang melakukan ujian kendiri untuk menunggu selama 15 minit seperti diarahkan bagi mendapat keputusan yang lebih tepat.
“Saya ingin menyatakan amat penting untuk menunggu selama 15 minit seperti yang diarahkan sebelum melihat keputusan ujian kendiri tersebut,” ciapnya di Twitter.
Important to wait for 15 minutes as per instructed before reviewing your saliva test result !!
1 min vs 15 min pic.twitter.com/fgSzSWRi1u
— thaqif_imtiazz (@thaqif_imtiazz) February 18, 2022
Sementara itu, dia turut memuat naik dua gambar perbezaan keputusan ujian tersebut bagi dua masa berbeza iaitu seminit (negatif) dan 15 minit (positif) setelah melakukan ujian air liur.
Dalam pada itu, orang ramai turut berkongsi pengalaman yang hampir sama terjadi kepada mereka.
“Saya membuat ujian kendiri, tunggu selama 15 minit negatif tetapi saya tidak membuang test kit tersebut.
“Keesokan paginya, saya lihat ada satu garisan samar pada garis T (positif),” kata @Zielaa.
“Saya kena positif sebelum ini, baru sahaja titiskan air liur, terus letak tepi sebab yakin saya negatif, bila tengah makan lepas 10 minit tengok line samar-samar sebiji dalam gambar, terus pergi pusat, pusat cakap saya positif,” tulis @nadianadianne1.
Sementara itu, @pppiyya turut meninggalkan komen.
“Ya betul! Saya, tunggu selama 15 minit, ingat takde apa lah, jadi saya buang ke tong sampah.
Adik saya nak tengok keputusan ujian saya lakukan itu, namun selepas satu jam barulah double line keluar samar-samar (menandakan keputusan positif),” katanya