Baitulmal Wilayah Persekutuan dedah senarai sumbangan yang telah diterima Puan Diwiyana
Ini adalah secara ringkas jenis bantuan yang telah dibantu oleh Baitulmal MAIWP kepada beliau semasa tinggal di Cheras. Sebab banyak komen Baitulmal dan Zakat buat apa? Jadi ini pencerahan untuk makluman masyarakat Islam.
Semasa Puan Diwiyana Binti Mohamed tinggal di Cheras dahulu beralamat DA-01-09, Blok Delima Persiaran Baiduri Cheras, beliau telah menerima bantuan Baitulmal MAIWP :
Bantuan Perniagaan pada 1/2013 berjumlah RM2000 one off
Bantuan Kewangan Bulanan 11/2015 – 10/2016 sebulan RM250, jumlah RM3000 untuk setahun(pertukaran nama ketua keluarga kerana berkahwin)
Bantuan Kewangan Bulanan 3/2015 – 2/2016 sebulan RM400, jumlah RM4800 untuk setahun(bantuan atas nama suami Mohd Ashraf bin Adam)
Kemudian telah berkahwin baru dengan Taufiq Iqmal bin Yusof pada 24/11/2015 dan tinggal di Blok 3-4-13 Jalan 2144A, Taman Bukit Cheras. Suami bekerja Mydin dengan pendapatan RM1758.65 sebulan. Kemudian suami beliau berniaga mesin jualan topup ebill dengan pendapatan bersih RM2053 sebulan. Ibunya masih menerima bantuan JKM secara bulanan RM350 dan mendapat rawatan di HUKM.
Bantuan Perniagaan pada 1/2019 berjumlah RM2000 one off (atas nama suami)
Bantuan Am Persekolahan anak Nur Balqis Alia tahun 2019 RM500, tahun2020 RM600, tahun 2021 RM800, tahun 2022 RM800(tetapi tahun 2022 akan ditahan kerana tiada makluman yang anak anak beliau berpindah sekolah) Beliau juga tidak memaklumkan kepada Baitulmal telah berpindah ke Perak.
Bantuan Peralatan Persekolahan anak Nur Balqis Alia 12/2020 bernilai RM350 dan 1/2022 bernilai RM350 (tapi akan ditahan kerana telah berpindah ke Perak kerana tiada makluman yang anak berpindah sekolah ke Perak)
Ibunya juga Puan Selamah binti Hamid, penerima Bantuan Kewangan Bulanan pada tahun 2012(tidak dinyatakan kerana rekod lama), tahun 2013 RM200 sebulan, berjumlah RM2400, dan 3/2014 sehingga 2/2015 sebulan RM250, berjumlah RM3000
Jadi, pihak Baitulmal dan Zakat telah bantu mereka sejak lama dahulu sebelum diviralkan dan dibantu oleh Ust Ebit Liew lagi. Kalau masyarakat nak bantu, silakan. Tiada masalah. Cuma semak dahulu sebelum sebar 🙂. Kerana pemberian wang zakat dan sedekah, tidak sama.