Biarpun tersingkir, bekas ‘Bos Susu’ puas kejayaan Farm Fresh tersenarai di BSKL hari ini

Biarpun tersingkir, bekas ‘Bos Susu’ puas kejayaan Farm Fresh tersenarai di BSKL hari ini

Sebut mengenai Farm Fresh pasti ramai cukup tahu dengan jenamanya ini. Berjaya menawarkan seleksi produk berasaskan susu serta pemasarannya yang kuat membuatkan jenama ini dikenali ramai.

Terbaharu, setelah lama berada dalam rancangan, hari ini menjadi sejarah buat Farm Fresh Bhd apabila dilaporkan berjaya mengumumkan penyenaraian di Pasaran Utama Bursa Malaysia menerusi penawaran IPO dengan harga RM1.35 seunit.

Menurut The Vocket, kejayaan ini turut dikongsikan oleh Azmi Zainal atau lebih dikenali sebagai ‘Boss Susu’ selaku individu penting dalam membangunkan syarikat Farm Fresh Bhd di mana beliau melabelkan penyenaraian ini sebagai IPO terbesar sejak Jun 2021.

Mengulas mengenai IPO, individu yang berminat boleh memohon bermula hari ini sehingga 8 Mac 2022 manakala tarikh penyenaraian pula bermula dari 22 Mac 2022. Saham Farm Fresh Bhd dilabel sebagai patuh shariah oleh SAC dan CIMB Investment Bank Bhd dipilih sebagai bank penasihat.

Mengetahui perkembangan syarikat ini pasti ramai yang optimis untuk melabur dalam Farm Fresh Bhd. Untuk pengetahuan, Farm Fresh Bhd pada ketika ini mengendalikan lima ladang tenusu di Malaysia dan satu ladang tenusu di Australia merentasi kawasan seluas 5,400 ekar.