Dituduh ‘misleading’, ini jawapan balas Harith Iskandar kepada KP Imigresen
Artis ‘standup comedy’ terkenal negara, harith Iskandar hari ini mempertahankan kandungan lawaknya seperti yang tular sehari dua ini berkaitan isu perbandingan kaunter imigresen antara Lapangan Terbang Antarabangsa Changi, Singapura dan KLIA milik Malaysia.
Dalam hantaran di FB miliknya sejam yang lalu dia menulis,
Marvel Avengers is also misleading, until you realise its a film and not a documentary.
This response from some Netizens to my clip from my Netflix special “I Told You So” which I uploded recently shows that Stand Up Comedy can a powerful tool to instigate discussion about social issues.
Netizens have been arguing back and forth about whether my joke was “true”
At the end of the day stand up comedy is about holding a mirror up to ourselves and society and having people laugh … and we must never lose the ability to laugh, especially at ourselves. I make jokes all the time about myself on stage (just watch any of my clips) and that’s the whole point!
And I have always been proud that in the 30 years that I have been a stand up comedian preforming internarionally, Malaysian audiences have always been my favourite … and that’s not a joke 😊
#comedian #comedy #comedycentral #comedyclub #comedylife #comedynight #comedyshow #funnymemes #funnyvideos #haha #hilarious #jokes #sketchcomedy #standup #standupcomedy #whatsgoingonmalaysia
Sumber – FB Harith Iskandar
Semalam, Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia, Dato’ Sri Khairul Dzaimee Daud berikutan klip video persembahan lawaknya yang dimuat naik olehnya di laman Twitter.
Who else misses flying? I do … 🤪 pic.twitter.com/2o07XErZ6n
— Harith Iskander (@HarithIskander) March 1, 2022
Menurut laporan dikongsikan daripada portal Oh!Media, dalam klip video persembahan ‘stand up’ komedinya itu, Harith membincangkan secara sinis mengenai perbezaan servis lapangan terbang di negara Malaysia dan Singapura.
Kata Harith, servis di lapangan terbang Singapura beroperasi dengan kapasiti yang penuh meskipun mempunyai 20 kaunter namun Malaysia hanya buka 2 kaunter sahaja walaupun mempunyai bilangan yang sama.
Sehubungan itu, Khairul Dzaimee membalas tweet Harith itu dengan menulis ‘Misleading’ atau bermaksud maklumat yang salah.
Ia juga mendapat perhatian netizen yang rata-ratanya mengambil peluang untuk menceritakan pengalaman mereka berurusan di kaunter-kaunter yang terdapat di lapangan terbang di seluruh Malaysia.
Malah, ada juga yang memberi nasihat kepada Harith agar lebih berhati-hati ketika menyampaikan lawak dalam setiap persembahannya kerana mungkin dapat mencemarkan nama mana-mana pihak dan juga orang ramai.
Dalam pada itu ada juga yang memberikan bukti bahawa Singapura berada di belakang Malaysia dalam World’s Best Airport Immigration Service 2021. Malaysia dilihat berada di kedudukan tempat ke-4 berbanding Singapore Changi yang di kedudukan ke-5.