Wargamaya persoal pendirian Idris dalam isu penglibatan artis masih dalam tempoh edah di AJL36

Wargamaya persoal pendirian Idris dalam isu penglibatan artis masih dalam tempoh edah di AJL36

Meskipun Anugerah Juara Lagu ke-36 (AJL36) telahpun 3 hari melabuhkan tirainya , namun cakap-cakap yang tidak sedap mengenainya masih terus dibincangkan di laman-laman forum media sosial oleh wargamaya.

Antara yang panas melibatkan juara AJL36, nyanyian Sekumpulan Orang Gila (SOG) bersama Shila Amzah dalam lagu berjudul ‘Pelukan Angkasa’ ciptaan Raja Nazrin Shah dan Fazleena Hishamuddin.

Selepas aksi berpelukan anggota kumpulan (SOG) meraih perhatian KKM sehingga menyebabkan juara tersebut dikompaun kerana gagal dalam pematuhan SOP, timbul pula isu melibatkan penyanyi wanita popular yang turut menyumbang kepada kemenangan lagu tersebut, Shila Amzah.

Anak kepada artis veteran ND Lala ini dikhabarkan baru sahaja mengumumkan penceraiannnya pada awal Februari lepas selepas berkahwin selama hampir 4 tahun dengan jejaka pilihan hatinya, Haris Idraki Elias.

Dia turut berkongsikan kesedihan itu di dalam laman Instagramnya bertarikh 8 Februrari lepas.

Shila yang bercerai di Mahkamah Syariah Daerah Gombak Shila mempunyai seorang cahaya mata lelaki, Seth Uwais, berusia setahun hasil perkahwinannya sejak 2018.

Berpunca daripada isu tersebut, wargamaya mula membangkitkan persoalan samada Shila yang masih menjalani tempoh edah bersuci dibenarkan untuk terkinja-kinja di atas pentas melakukan tanggungjawab yang tiada berkaitan dengan tuntutan syarak.

Lebih malang, kata mereka sikap berdiam diri Menteri Agama, Senator Dato’ Ustaz Idris Ahmad selaku Menteri Agama dan Timbalan Menteri Wanita, Siti Zailah yang didakwa penyokong mereka sebagai bijak dalam bidang agama langsung tidak membantu.

Malah, wargamaya mula mengaitkan semula janji Idris yang hanya perlukan masa selama 5 hari sahaja untuk menjadikan negara ini kembali kepada Islam, termasuk janji Siti Zailah yang lebih ekstrem untuk menudungkan para pramugari yang ketika ini masih berpakaian seksi.

Sehingga berita ini ditulis, kedua-dua pemimpin kerajaan yang terkait langsung dengan isu yang dibangkitkan terus mengunci mulut daripada mengulas.