Pertahan tindakan sahabat baiknya, Mokhtar Senik seru ahli Pas jangan hina Khairuddin At-Takiri
Politik Pas terus berdepan kegawatan demi kegawatan usai ‘Langkah Sheraton’ dihalalkan pemimpinnya.
Semalam, selepas sekian lama dimalukan presidennya sendiri, Ahli Parlimen Kuala Nerus, YB Datuk Dr. Khairuddin Aman Razali membuat kejutan mengumumkan keluar daripada Pas.
Menurut sumber, tindakan bekas Menteri Sawit sewaktu kerajaan Perikatan Nasional memerintah itu berpunca daripada sikap beberapa pemimpin tertinggi partinya yang secara terus terusan memburukkan UMNO, parti yang dianggap berjasa membantu menaikkan Pas sebagai rakan kongsi dalam kerajaan persekutuan.
Malah, dia yang turut dikenali dengan panggilan At-Takiri, melalui siri hantaran di dalam FB miliknya turut menegur sikap mereka yang sudah jauh membuang prinsip Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS) yang digagaskan sewaktu meninggalkan gabungan Pakatan Rakyat sebelum ini.
Dalam perkembangan sama, Mokhtar Senik menjadi pimpinan pertama Pas menaikkan sokongan terhadap tindakan sahabat baiknya itu.
Dalam perkongsian FBnya, dia menulis…
Yg pergi jgn dihina seolah2 tidak tersisa langsung kebaikan pada dirinya. Yg tinggal jgn angkuh seolah2 tidak terpalit langsung dosa pada tubuhnya. Ambillah sikap Rasulullah saat fathul makkah. Ingatlah Allah Yg Berkuasa membolak balikkan qadha atas hambaNya.
Berlaku adillah kepada teman mu dan musuh2 mu sebagaimana engkau berlaku adil terhadap dirimu.
UMS
Kuantan.
Namun, sikapnya mempertahankan At-Takiri menimbulkan persoalan dari netizen kenapa seruan yang sama tidak disuarakanny terhadap 16 orang pemimpin Pas yang digelar ‘jebon’ yang keluar daripad Pas satu waktu dahulu.
Malah, ketika itulah wujudnya gelaran ‘Muafiq Haraki’ yang dipopularkan At-Takiri bagi ditujukan terhadal kelompok ‘jebon’ tersebut.
Sebagai rekod, sebelum dipecat sebagai Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat dan setiausaha Majlis Syura Ulamak Pas Pusat, At-Takiri telah tewas dalam pemilihan Pas bersama-sama sahabat baiknya, antaranya Nik Abduh, Mokhtar Senik dab Zuhdi Marzuki.