Akhirnya pemuda ini dedah sikap sebenar pensyarah viral UiTM
Assalamualaikum..
Ramai kawan2 fwd wassap sorang Prof tegur pelajar pasal komputer. Ye, tu lecturer saya…
Prof Roshana yang kami kenal memang macam tu, daripada dulu. Dulu, kalau kami lambat masuk kelas, dia yang kunci pintu. Lepas tu dia jugak yang buka pintu, marah (nasihat) & lepas tu jemput duduk. Sebijik2 perkataan yang dia marah tu, memang melekat dalam kepala kami sampai sekarang. Ketegasnya bersebab, dan sebab ketegasannya lah, kami jadi manusia.
Dulu, saya pun selalu kena marah. Antara kenangan yang masih saya ingat, saya masuk kelas, lupa bawak buku. Kelas lecturers lain, saya tulis dalam kertas kajang selai2 tu & masukkan dalam files. Sebab tak bawak buku je, 10 minit saya kena lecture. ‘Ni bukan buku, ni kertas. Belajar kena ada buku. Kalau buku pun tak boleh bawak, baik balik tak payah belajar’.. Setengah jam lepas tu, kena marah lagi sebab tak bawak pembaris, nak buat kotak macam yang kat whiteboard belakang dia kat dalam tiktok.. 😂
Kami ni students construction, hati mesti kental. Disiplin yang dididik sewaktu belajar, banyak membentuk jatidiri kami sewaktu kerja. Tu baru kena marah sebab xde laptop. Kami ada pensyarah yang jenis koyak & campak assignment kalau kami salah. Depan2 muka kena marah.
Dalam kes Prof Roshana, percayalah, apa yang keluar dari mulut dia tu, bukan itu yang dia maksudkan. Mungkin dia tersilap satu perkataan, tapi ilmu yang dia kongsikan, seluas lautan.
Semua orang boleh mengajar, tapi tak semua boleh mendidik. Dengan cara didikannya macam tu dulu, membentuk disiplin kami pada hari ini & menjadikan kami manusia yang memanusiakan manusia lain.. Dalam marahnya, ada sayang..
Bagi saya, jadi pelajar pun kena ada adab dan adatnya.. Satu perkataan yang pensyarah salah, diviralkan. Kita pulak hanya nilai Prof tu berdasarkan video berdurasi 1:48 minit tu je. Padahal banyak lagi ilmu berguna sepanjang 14 minggu tu..
Dari sisi lain, ni lah cabaran jadi cikgu/pensyarah zaman online.. Benda yang sepatutnya dalam kelas je, disebarkan keluar.. Kemudian ramai2 komen, jadi cyberbully. Kita pun tak tahu apa sebenarnya yang jadi dalam kelas tu..
Terima kasih Prof Shana. Kerana berkat ilmu Prof, saya jadi diri saya sekarang.. Semoga Allah memudahkan urusan Prof dan memberkati hidup Prof dunia & akhirat.
Sumber – FB Afifuddin Husairi Hussain