Akhirnya wanita ini kantoikan peranan team siber Najib

Akhirnya wanita ini kantoikan peranan team siber Najib

NAJIB vs RAFIZI

1. Sekarang rancak sesi jawab-menjawab antara DS Najib dan Rafizi. Berkisar isu bail out syarikat Sapura.

2. Seperti biasa bila ada isu, cytro akan jalankan peranan, baik PKR atau UMNO, mereka akan penuhi ruangan komen untuk menang perang propaganda. Penyokong parti pun sama naik syeikh, menganjing satu sama lain.

3. Bagi pengundi atas pagar dan tiada kiblat parti,
kita boleh lihat dan hadam hujah mereka dan at the end kita putuskan hujah mana nak percaya.

4. Selain daripada hujah, fakta lain juga perlu kita pertimbangkan. Saya kongsikan pengamatan saya mengenai kedua2nya:

i. DS Najib tak tulis sendiri posting beliau. Beliau ada team media yang besar dan berbayar untuk buat kerja2 tu. Walhal, saudara Rafizi menulis sendiri posting dan kadang kita lihat beliau balas sendiri komen2 cytro.

ii. Hujah Rafizi penuh dengan fakta berdasarkan Laporan Audit Sapura. Hujah Najib banyak retorik yang diulang2. Sebagai contoh: katanya, nanti kesian vendor dan pekerja Sapura…

NB- Untuk rekod, saya pernah ada sesi jawab menjawab dengan team FB NR. Saya kantoikan mereka tipu fakta mengenai FDI. Sampai sekarang tak berjawab 😅 kerjanya spin tak sudah.

iii. Mereka kedua2 ada kes mahkamah. Rafizi didakwa di Mahkamah kerana dedahkan skandal NFC (lembu dalam kondo), DS Najib pula dah disabitkan kes SRC yang jadi sebahagian skandal 1MDB.

5. Makanya, dari segi kredibilti, tuan puan boleh tepuk dada, tanya selera. Siapa yang nak kita percaya?

Salam hormat,
Liyana Marzuki

Sumber – FB Liyana Marzuki