Ingkar titah Sultan Pahang, Dusuki bakal dipenjara?

Ingkar titah Sultan Pahang, Dusuki bakal dipenjara?

Tular dilaman facebook seorang penceramah kontroversi yang menetap di Selangor, Ustaz Dato’ Ahmad Dusuki Abdul Rani telah hadir memberikan kuliah dan Khutbah Jumaat di Negeri Pahang pada tarikh-tarikh berikut:

1.  06/2/2021 – Kuliah di Masjid Taman Balok Makmur, Beserah, Kuantan.  Kuliah ini telah disiarkan secara langsung melalui FB media Alfatah.   https://www.facebook.com/media.alfatah/videos/2863732877228094/

2.  12/2/2021 –  Berkhutbah di Masjid Jengka 15.

3.  12/2/2021 –  Memberikan kuliah maghrib di Masjid Qariah Balok, Kuantan.  Kuliah ini turut disiarkan secara langsung melalui FB media Alfatah (https://www.facebook.com/media.alfatah/videos/428679951701781/ )

Namun begitu, menurut ketetapan SOP PKP Covid19 (Aktiviti Pengimarahan Masjid dan Surau) seluruh Negeri Pahang yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) bertarikh 21 Januari 2021, pada bilangan 3 – Aktiviti Pengajian Ilmu, di para 3.4 menyebut dengan jelas, iaitu ” Penceramah dari luar Negeri Pahang TIDAK DIBENARKAN”.  Pahang adalah salah sebuah negeri yang dikenakan PKP.

Timbul persoalan adakah beliau berasal atau menetap di Pahang ketika SOP ini dikuatkuasakan, sedangkan umum mengetahui beliau menetap di Selangor disamping sedang mengusahakan sebuah pusat pengajian Islam persendirian di Shah Alam.

Jika benar, apakah keistimewaan yang perlu diberikan kepadanya sehinggakan ada keperluan untuk pihak berkuasa mengeluarkan surat kebenaran khas kepada beliau hadir diprogram berkenaan? Bukankah urusan hal ehwal agama itu di bawah raja-raja atau sultan? Tidakkah jelas ianya satu perbuatan yang boleh dianggap mencemar titah Sultan Pahang, pemerintah agama di negeri Pahang?

Apa yang lebih penting, adakah Dusuki juga akan terlepas dari sebarang hukuman sepertimana sahabat-sahabatnya yang lain sebelum ini?

Pastinya rakyat akan mengikut rapat isu ini. Sekiranya benar beliau dilepaskan tanpa sebarang hukuman, ianya membuktikan bahawa memang wujud 2 set hukuman yang telah dilaksanakan dalam pemerintahan kerajaan melayu Islam ketika ini. 1 untuk rakyat jelata dan 1 lagi utk kayangan dewata raya.