Gempar!!! Pasukan siber J-Kom kecundang berdepan amarah rakyat
Team Muhyiddin dikhabarkan mulai hilang sabar setelah bos mereka semakin hilang hormatnya dikalangan netizen. Jika dahulunya beliau berjaya memperolehi sanjungan yang teramat tinggi sehingga digelar ‘abah’ kerana kejayaannya menjatuhkan kerajaan Dap, namun auranya kini semakin malap seolah-olah umpama pelita yang kehabisan minyak.
Pergolakan dalaman sudah tidak dapat dibendung lagi. Persoalan keberkesanan team siber Jkom sudah mulai dibangkitkan team Muhyiddin. Nama-nama besar yang sinonim dalam mengetuai pasukan siber Papagomo, Ratu Naga, Hanisya semakin tenggelam dan tidak bermaya hasil asakan berterusan rakyat.
Wujud andaian liar mengatakan kesemua ini hasil dari perancangan Azmin dan Hishamuddin Hussein dalam mengendurkan populariti Muhyiddin seterusnya menaikkan Azmin sebagai calon popular menggantikannya dalam tempoh terdekat.
Jika benar andaian tersebut, maka tidak hairanlah berjuta peruntukan yang diberikan kepada Jkom melalui kelulusan Bajet 2021 baru-baru ini sudah tidak mampu lagi menepis amarah rakyat terhadap Muhyiddin ketika ini.