Radzi Jidin enggan hadiri mesyuarat Jawatankuasa Khas Pendidikan Parlimen

Radzi Jidin enggan hadiri mesyuarat Jawatankuasa Khas Pendidikan Parlimen

Kenyataan Media

Pihak Jawatankuasa Pilihan Pendidikan Parlimen telah menerima banyak aduan berkaitan perkara tersebut dan meminta agar isu soalan berulang bagi sesi satu dan sesi dua Kertas Ujian Mendengar Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) yang telah menimbulkan keresahan dalam kalangan rakyat dibawa ke parlimen.

Pihak Jawatankuasa telah memutuskan untuk membawanya pada sesi mesyuarat hari ini, 20/4/2022. Malangnya, setelah surat panggil mesyuarat dikeluarkan oleh Dewan Rakyat, pihak Kementerian melalui wakil mereka telah menolak untuk hadir.

Mewakili Jawatankuasa Pilihan Pendidikan Parlimen saya ingin melahirkan rasa kesal atas kengganan Kementerian Pendidikan Malaysia memberikan kerjasama untuk menjelaskan isu yang melibatkan kepentingan awam dan masa depan pendidikan negara.

Sumber – FB Dr. Maszlee Malik