Lelaki mati ditembak di dahi di bilik hotel disyaki angkara pembunuh upahan

Lelaki mati ditembak di dahi di bilik hotel disyaki angkara pembunuh upahan

Seorang lelaki tempatan ditemukan maut dengan kesan tembakan di dahi dalam kejadian di sebuah bilik hotel di Bukit Bintang petang tadi, sejam selepas beliau mendaftar masuk.

Menurut Malaysiakini, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur SAC Habibi Majinji berkata perkara itu disedari seorang pekerja hotel berkenaan yang memasuki bilik tersebut dan kemudian menghubungi polis pada kira-kira 7 malam.

“Mangsa seorang lelaki tempatan berusia 46 tahun berasal dari Johor mendaftar masuk ke hotel berkenaan pada 6 petang tadi.

“Polis telah menahan rakan sebilik mangsa bagi membantu siasatan,” katanya.

Habibi berkata motif kejadian masih dalam siasatan dan senjata api yang digunakan belum dijumpai.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.