Wanita ini dedahkan taktik scammer yang terpaling canggih
Kisah penipuan melibatkan sindiket ‘scammer’ di negara ini semakin menjadi-jadi kebelakangan ini.
Meskipun serbuan demi serbuan dilakukan pihak berkuasa demi memastikan sindiket ini dapat dihapuskan, namun ianya tidak sedikitpun menakutkan kelompok sindiket tersebut.
Menurut Penolong Pengarah Siasatan Jenayah Telekomunikasi Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Superintendan Rozeni Ismail, dalam tempoh lima tahun lalu (2017-2021), lebih 30,000 individu yang terbabit dalam kegiatan penipuan ini ditahan dan daripada jumlah itu, lebih 25,000 individu dihadapkan ke mahkamah.
Malah sepanjang tempoh yang sama juga, sebanyak 98,607 kes penipuan dalam talian dengan kerugian dianggarkan bernilai RM3.3 bilion dilaporkan di seluruh negara.
Terkini, seorang pengguna media sosial mendedahkan hampir menjadi mangsa sindiket tersebut.
Menerusi hantaran FBnya, dia turut berkongsi taktik terbaru sindiket tersebut bagi memperdaya mangsanya, yang dianggapnya begitu terancang dan sistematik.
Tulisnya…
Hari sabtu 4/4 saya nyaris kena scammed.. dia call ckp saya tersalah transfer ke akaun dia.
Sy check mmg betol tinggal rm20 je ðŸ˜ðŸ˜ðŸ˜. Dia suh bg tac. Br dia leh pulangkan semula.
Saya mcm pelik kenapa sy kena bg tac no sedangkan dia yg nak buat transfer.
Check transaction history dia tulis create goal. Pandai dia call time hari sabtu.
Masa tu sy call maybank diluar waktu .. mmg kalut sgt masa tu duit hilang ðŸ˜.mujur sy x bg tac no .
Terus call sepupu yg kje maybank tanya dia.INGAT! Jgn bg tac number. Duit tu ade sebenarnya.
Tp dh masuk dlm create goal maybank.. call maybank harini dia suruh remove create goal tu. Alhamdullilah dapat semula duit.
Staff maybank bgth mmg ramai kena. Ade yg berpuluh ribu. Dia nk bg kite kalut so terus bg tac number. Kalo kite bg mmg duit lesap la ðŸ˜ðŸ˜
ALHAMDULLILAH DUIT DAPAT SEMULA
P/s: scammer mmg blh log in acc maybank sy. Then dia create goal mcm saving plan so duit simpanan kena deduct.
Duit tu ade je selagi kite x bg TAC number. Jgn kalut tgk duit tinggal skit or hilang. Terus call Maybank.
Saya share untuk bg semua org berhati2 dgn scammer lebih2 lg time pkp ni…nak dapatkan duit dgn cara mudah..
credit: Nurul Aida Nor Ariff
Sumber – FB