Selepas isu bekalan air, Husam serang kerajaan Islam Pas Kelantan dalam isu Pasar Tok Guru pula

Selepas isu bekalan air, Husam serang kerajaan Islam Pas Kelantan dalam isu Pasar Tok Guru pula

Bekas pemimpin kanan kerajaan negeri Kelantan, Husam Musa sekali lagi menghalakan serangan dalam usahanya menjatuhkan kerajaan Pas dalam PRU-15 nanti.

Dia yang ketika ini mengetuai gerakan ‘SaveKelantan’ yang kinj dianggap ancaman besar kerajaan Islam pimpinan Ahmad Yaakob itu.

Sebelum ini, Husam telah membangkitkan pelbagai salah laku kerajaan negeri dalam menguruskan iau bekalan air terhadap rakyat negeri Che Siti Wan Kembang itu.

Terkini, dia membangkitkan pula isu pengurusan Pasar Tok Guru yang dilaporkan mendapat keluhan daripada peniaga di situ.

Melalui satu hantarannya di FB milik beliau, Husam menulis…

Menang Besar, Ego Pun Naik?

Kita tinggal sekejap isu air.

Khamis lepas, saya sempat singgah buat pertama kali di Pasar Tok Guru di Cabang Tiga Pengkalan Chepa. Selepas bangunan barunya siap 2018 lalu.

Hajat saya, nak makan laksam Che Lah atau Puan Ramlah. Sambil tinjau keadaan.

Tak sangka pula saya didatangi oleh penjual-penjual di situ untuk mengadu hal.

Macam-macam perkara – dari pasar tak mesra penjual dan tak mesra pengunjung sampai kepada kurang sambutan.

Perniagaan mereka merosot. Ramai peniaga asal dah tak berniaga lagi kerana kecewa dengan keadaan.

Dari satu gerai ke satu gerai yg saya singgah, rata-rata merungut.

Memang, sekali padang keadaan lenggang. Kecuali sedikit di bahagian sayur, ikan dan daging.

Tingkat satu pasar, hampir lengang.

Tak ramai sanggup naik tangga. Pekedai runcit yg di tempatkan di tingkat atas kesusahan memunggah barangan mereka.

Pengguna pula kepayahan membawa turun barang seperti beras dan minyak masak jika mereka membeli di situ.

Bahagian bawah, sebahagian gerai bertutup dengan kain. Peniaga tak datang berniaga.

Memang separuh mati.

Mengikut para penjual, hanya hari Juma’at pengunjung ramai sedikit. Tetapi tetap tak sama seperti sebelum pasar lama dirobohkan.

Dua peniaga wanita – se orang bernama Kak Ti – menyekat laluan saya semasa saya turun tangga.

Di tangannya satu dokumen. Memo dari persatuan peniaga di sini untuk Exco Kerajaan Tempatan dan MB.

Tinggal memo yg tak pernah dilayan.

‘ Minta tolong Dato!’

‘Macam mana saya nk tolong? Saya bukan Kerajaan’. Kata saya.

Menurut mereka, mereka dah cuba jumpa Adun, tak berjaya.

Ke pejabat Exco berkenaan, hanya dapat jumpa PA.

Nak jumpa MB, tak ada orang layan.

Tak ada siapa nak dengar kami, kata mereka.

Memang itu rungutan kita dengar di mana-mana.

Pemimpin tak lagi nak bersemuka dan dengar masalah rakyat.

Apa boleh buat. Saya hanya dapat mendengar keluhan mereka, tapi tak banyak saya boleh bantu mereka.

Husam Musa
27 Syawwal 1443H
28 Mei 2022

#SaveKelantan