Kos ubahsuai Istana Negara, rakyat gusar bagaimana kerajaan bazirkan RM518 juta ketika rakyat makin terhimpit dengan kenaikan kos hidup
Rakyat Malaysa jelas terkejut dengan kos penyelenggaraan Istana Negara selepas didedahkan bahawa sebuah syarikat ditawarkan kontrak bernilai RM519 juta untuk projek itu.
Jabatan Kerja Raya (JKR) dalam maklum balas terhadap artikel yang dikeluarkan oleh World Of Buzz sebelum ini menjelaskan bahawa jumlah tersebut adalah untuk tempoh tujuh tahun yang akan berakhir bulan ini.
Tambah JKR lagi, skop kerja itu merangkumi kawasan seluas 24.1.3 ekar dan melibatkan beberapa komponen utama serta dilaksanakan mengikut garis panduan kerajaan mengenai penyelenggaraan bangunan.
JKR confirmed an article that a RM519 mil contract to maintain Istana Negara was previously awarded for 7 years ending 30 Jun22.
RM74.14 mil per year
RM6.41 per sq feet per month.Imagine paying this much on a per sq feet basis for your maintenance fee on your property.
— The Coffee Break | We Make You Smarter (@BreakMyCoffee) June 2, 2022
Kenyataan itu turut menyatakan bahawa kerja-kerja penyelenggaraan adalah perlu kerana Istana Negara mewakili kedaulatan dan identiti negara.
Rakyat Malaysia di media sosial khususnya mempersoalkan penggunaan wang yang begitu besar di tengah-tengah situasi negara yang sedang bergelut dengan kenaikan harga barang dan ekonomi yang tidak memberangsangkan.
Kebimbangan rakyat Malaysia sebenarnya munasabah untuk diperbincangkan kerana wang tersebut boleh digunakan untuk pelbagai jenis pembangunan contohnya membina universiti, hospital atau membina satu sistem untuk mengelak banjir yang kini sering terjadi di Kuala Lumpur.
Did they admit that they spent half a billion for the sake of honor, identity, culture and the country’s image?
When it comes to rakyat, even welfare can be deducted. What kind of national’s image they are trying to reflect here? https://t.co/IZjRwLpFsv
— Naqi . (@naqiudinkamarul) June 2, 2022
Selain itu terdapat kebimbangan dengan kos yang semakin meningkat di mana pada tahun 2015, nilai kontrak penyelenggaraan hanya RM82 juta, tetapi tujuh tahun kemudian ia telah meningkat kepada RM519 Juta iaitu 5 kali ganda.
Perlu dititikberatkan bahawa kos ini adalah melibatkan wang pembayar cukai dan bermaksud ia adalah wang rakyat.
Look look, we don’t care. If you’re gonna spend the country’s tax payers money for a place where we can’t even go inside to unless you’re among the elites, it is, no matter how you spin this, a waste! Membazir amalan syaitan and the payung kuning is the living embodiment. https://t.co/vn9n4pARYM
— adem (@ademsfr) June 2, 2022
Menurut The Rakyat Post, syarikat yang memegang kontrak penyelenggaraan ini ialah syarikat pemegangan pelaburan awam yang terlibat dalam aktiviti pembinaan dan perkhidmatan pengurusan kemudahan bersepadu.
Ia telah aktif dalam perniagaan sejak 90-an dan kini telah mempelbagaikan ke dalam banyak sektor seperti pembinaan, pengurusan kemudahan.