Satu lagi pasangan selebriti rancang pindah keluar negara

Satu lagi pasangan selebriti rancang pindah keluar negara

Peminat seni tanahair baru-baru ini dikejutkan dengan berita penghijrahan seorang pelakon baru, Sarah Hilderband keluar negara selepas kecewa dijadikan mangsa buli siber oleh netizen negara ini.

Terkini, selebriti popular, Noor Neelofa turut meluahkan hasrat untuk berhijrah ke Mesir mengikut suaminya, PU Riz melanjutkan pelajaran di Tanah Arab.

Memetik mStar Online, Neelofa berkata dia mahu mendedahkan anaknya, Muhamad Bilal dengan persekitaran di sana serta mahu mendalamk bahasa Arab.

Pengacara dan usahawan Neelofa meluahkan hasrat untuk berhijrah ke tanah Arab mengikut suaminya Haris Ismail yang mahu menyambung pelajaran di sana.

Selain mendedahkan anaknya dengan persekitaran di sana, Neelofa, 33, juga mahu belajar bahasa Arab dengan lebih mendalam.

“Kami sekeluarga mempunyai impian untuk berhijrah ke Madinah atau Mesir untuk suami sambung belajar di sana.

“Dalam masa sama kami mahu dedahkan anak kepada persekitaran di sana dan saya boleh ambil peluang untuk belajar bahasa Arab,” katanya.

Ibu kepada Muhammad Bilal ini meluahkan hasrat tersebut ketika menjadi tetamu dalam rancangan bual bicara Nona di TV3 pada Ahad.

Neelofa yang juga merupakan bekas pengacara rancangan tersebut dijemput menjadi tetamu sempena sambutan ulang tahun ke-38 stesen berkenaan.

Neelofa bersama pengacara Amyra Rosli ketika menjadi tetamu program Nona.

“Satu lagi impian saya adalah untuk mendalami al Quran. Walaupun suara saya tak sesedap mana ketika membaca al-Quran, tetapi saya sudah lama ingin mempelajarinya.

“Kalau boleh mahu turunkan ilmu itu supaya dapat dijadikan saham akhirat kelak,” jelasnya.

Untuk rekod, Neelofa dan Haris mendirikan rumah tangga pada 27 Mac tahun lalu dan mereka menyambut kelahiran anak pertama pada 31 Januari lalu.