Segera mohon Skim Rumah Pertama BSN MyHome/i, terbuka kepada yang bergaji kurang RM5000/bln
Proses membeli rumah amat merumitkan. Secara ringkasnya, ramai diantara kita memerlukan dana pinjaman membeli rumah kerana siapa yang mampu berbelanja wang sebesar RM100K dan ke atas sekaligus. Melainkan si pembeli memiliki harta kekayaan yang melimpah-limpah dan tak habis ditelan masa.
Mahu atau tidak, demi memiliki aset atau tempat berteduh, terpaksalah sesiapapun memohon pinjaman dari bank. Tapi bukan mudah. Ada banyak jaminan yang dituntut pihak bank terhdapa kredibiliti pemohon agar mereka diyakini mampu dan berdisiplin membayar semula hutang pinjaman.
Sekaligus mencabar golongan yang bekerja sendiri yang tentu sekali mempunyai pendapatan tidak tetap dan tidak mempunyai slip gaji. Mujur terdapat skim program perumahan yang mampu milik yang disediakan oleh BSN.
Kerjasama kerajaan dan BSN memfokuskan agar lebih ramai memiliki aset tempat tinggal terutama bagi golongan B40.
Apa Itu BSN MyHome?
BSN MyHome ialah program pinjaman perumahan yang ditawarkan oleh Bank Simpanan Nasional Malaysia (BSN) untuk membantu penduduk Rakyat Malaysia yang bekerja sendiri atau mempunyai pendapatan tidak tetap untuk memiliki rumah mereka sendiri.
Apakah Syarat Kelayakkan Memohon BSN MyHome (Program Perumahan Rakyat)?
- Warganegara Malaysia
- Berumur diantara 18 tahun hingga 60 tahun semasa memohon Skim ini.
- Individu perseorangan (bukan memohon bersama pasangan)
- Bukti Bekerja Sendiri
- Pendapatan Minimum RM1000 Sebulan
- Untuk kewangan rumah pertama dan sendiri sahaja
- Pinjaman untuk rumah kos rendah atau sederhana sahaja
- Tidak memohon dengan insitusi kewangan yang lain
- Pemegang Akaun BSN Giro/ BSN Giro-i
Apakah Faedah & Kelebihan Memohon BSN MyHome (Program Perumahan Rakyat)?
- Jumlah pinjaman daripada RM25,000 sehingga RM300,000
- Tempoh pinjaman sehingga 35 tahun.
- Margin pinjaman dibolehkan sehingga 100 % termasuk insurans MRTA/MRTT dan LTHOT
- Dibawah ialah faedah mengikut tahun;