Info program terbaru penggunaan akaun 2 KWSP, ‘i-Lindung’
KWSP telah melancarkan program terbaru mereka yang diberi nama sebagai i-Lindung.
i-Lindung membolehkan para ahli KWSP menggunakan akaun 2 masing-masing bagi tujuan pembelian insurans hayat dan penyakit kritikal yang disediakan oleh penyedia insurans di Malaysia.
Permohonan i-Lindung KWSP 2022
Antara syarikat insurans yang terlibat di dalam i-Lindung ini adalah:
- FWD Takaful Berhad
- Prudential Assurance Malaysia Berhad
- Prudential BSN Takaful Berhad
- Etiqa Life Insurance Berhad
- Etiqa Family Takaful Berhad.
Anda boleh terus mendapatkan maklumat insurans pada laman i-Akaun masing-masing. Sebut harga akan dipaparkan berserta maklumat produk insurans yang ingin diperolehi.
Anda boleh layari ilindung.kwsp.gov.my ataupun iakaun.kwsp.gov.my
Syarat umum layak mendapatkan iLindung adalah;
- berumur 55 tahun ke bawah
- Baki di dalam akaun 2 mencukupi.
- Warganegara Malaysia
- Pengguna i-Akaun
Jika terdapat sebarang persoalan mengenai i-Lindung KWSP, bolehlah hubungi KWSP di 03-8922 6000.